Ini bukan negara Melayu, ini negara Malaysia!

看看国会里面巫统种族主义的丑陋面目,以下是今年8月20日,国会下议院辩论国民团结议题时,从井底跳出来的巫统种族主义份子,森美兰仁保区巫统国会议员说: Ini bukan negara China lah!。林吉祥反驳道:Ini bukan negara Melayu!ini negara Malaysia!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Lagi 11 hari negara kita akan merayakan hari kebangsaan yang ke-51 tetapi tidak ada apa-apa perasaan, suasana yang menunjukkan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada kejayaan program integrasi nasional itu adalah tidak benar. Bukankah ini oleh sebab khasnya dalam enam bulan ini selepas political tsunami, bahawa adalah mengenai isu-isu perkauman, mengenai ketuanan Melayu, kedaulatan Melayu, perpaduan Melayu. [Dewan riuh]

Sepatutnya mengenai perpaduan Malaysia, bukan Malay unity tetapi Malaysian unity. [Tepuk] Dan dengan reaksi-reaksi yang ekstrem, semacam forum-forum Majlis Peguam sama ada mengenai Social Contract atau mengenai conversion to Islam. Baru-baru ini dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kita tengok ada banting, ‘Melayu ditindas, mana keadilan?’ Adakah MCA setuju, Melayu ditindas? Adakah GERAKAN bersetuju? Sehingga ada suara-suara dalam GERAKAN mahu keluar daripada Barisan Nasional.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: DAP pun banyak main isu perkauman.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukankah ini semua menunjukkan kegagalan usahausaha untuk national integrasi. Apakah yang akan dilakukan oleh kementerian mengatasi masalah khasnya untuk menghentikan kenyataan-kenyataan, isu-isu perkauman seperti banting ini, Melayu ditindas dan dibuat oleh UMNO, Pemuda UMNO. [Tepuk]

Tuan Teng Boon Soon: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi soal perpaduan rakyat, ia memerlukan usaha sama semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik, ahli-ahli politik. Kalau kita tidak menghasut rakyat dengan kata-kata yang mengapi-apikan dan juga kita secara saksama dan secara jujur dan adil menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Saya rasa kita akan melihat satu situasi yang lebih menyenangkan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, adakah ini Melayu ditindas, itu hasutan? [Dewan riuh]

Tuan Ahmad bin Maslan [Pontian]: Tunggu orang jawab dulu.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Melayu ditindas, hasutan? [Dewan riuh]

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Ini bukan negara China lah.

Tuan Teng Boon Soon: Sebab itu …

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudah berapa lama dalam Parlimen pun macam ini ke? [Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Malaysian Malaysia lagi perkaumanlah!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam ini ke? [Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: [Menyampuk]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini pengkhianat negara, pengkhianat kepada national integration!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini pengkhianat kepada national integration.

Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Padang Serai tak payah campurlah, ini bukan hal you lah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge bumiputera all the time you know!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini hasutan, setuju? Inilah hasutan.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Dia penghasut besar, duduklah!

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Penghasut!

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Pengkhianat!

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat Padang Serai, Pasir Salak, Ipoh Timur. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar tadi kita semua menghadapi satu suasana yang paling elok.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia selalu mempersoalkan Melayu!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini hasutan!

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ipoh Timur yang mulakan!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur, Ipoh Timur!

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Yang Berhormat Ipoh Timur tu, ajar dialah!

Tuan Yang di-Pertua: Duduklah Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Silam duduk!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge the bumi Melayu all the time you know.

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Ini bukan negara China!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini negara Malaysia, bukan negara satu kaum!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge the Malay!

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini bukan negara Melayu, ini negara Malaysia!

[Tepuk][Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini Malaysia untuk semua! [Tepuk] Kalau …untuk semua, kalau kamu …, kamu pengkhianat!

Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat Padang Serai.

Seorang Ahli: Keturunan awak tu menumpang dulu.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan yang ditanya itu adalah elok.  Apabila dijawab dengan elok, lepas itu ada reaksi daripada Yang Berhormat, macam mana rakyat boleh bersatu begini? Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang menunjukkan sifat seperti begitu, terutama sekali daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, mula-mula tadi diam lepas itu terus pula… [Tepuk]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, tak apa.

Seorang Ahli: Nasib baik ada prinsip Jus Soli.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini mesti … India ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah.

Seorang Ahli: Keturunan dia itu …

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, dia belum habis jawapan.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah-sudah. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kenapa suara UMNO, mana suara MCA, GERAKAN? Semua diam-diam.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur, sudahlah! Yang Berhormat Ipoh

2条回应

  1. Ini menunjukkan ketidaksetabilan emosi and ketidakmatangan para pemimpin negara. Apa yang digaduhkan di dalam parlimen masih terberhenti di setakat era 70-puluhan dan hanya perkara yang remeh-temeh. Kita telah menghantar angkasawan ke angkasa dan telah menanti-nantikan kedatangan era elektronik yang sepenuhnya di mana kita mengantung kepada kepintaran komputer untuk menyenangkan kehidupan kita.

    Sikap perkauman yang aggresif telah dipaparkan oleh ahli parlimen UMNO yang senantiasa menuduh ahli parlimen lain mempersoalkan kewibawaan dan kedudukan bumiputera di negara kita adalah menakutkan. Itu tidak perlu kerana kedudukan bumiputera telah dilindungi di dalam Perlembagaan dan sama juga kepentingan rakyat bukan bumiputera.

    Lagi berap hari akan kita meraikan Hari Kebangsaan negara tetapi apakah suasana yang sempurna sepertimana yang kita nampak dahulu?

    Saya berasa teramat kecewa dengan sikap segolongan ahli parlimen yang telah merosakkan suasana elok menantikan semua rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan Ke-51 ini, terutamanya ahli Parlimen yang mengatakan:
    “Keturunan awak tu menumpang dulu.”

    Ahli parlimen tersebut patut diberi amaran supaya tidak mengatakan sesuatu yang mungkin menghasut and mengancam suasana yang aman di kalangan semua rakyat Malaysia.

  2. Puncanya tidak hayati Perlembagaan Persekutuan. Masing-masing berdegil. Contoh mudah, untuk wujud sebagai bangsa Malaysia yang tentunya berbahasa Malaysia perlu diutamakan, kerana bahasa Malaysia merentasi bahasa kaum.

    Tetapi kenapa kita masih jadi seperti bangsa yang agak pelahap kepada bahasa dan budaya asing. Bangsa kita sering menjilat bahasa asing tetapi meludah bahasa sendiri (bahasa kebangsaan).

    Sebuah pantun untuk renungan: Apa guna adik ke Rusia; Kalau tidak menuntut di U; Apa guna berbangsa Malaysia; Kalau tidak berbahasa Melayu.

回复